CRISTIANO Ronaldo memberitahu dia bertuah dengan peluang yang diberikan oleh Juventus kepadanya. Jelas penyerang Portugal itu, usianya 33 tahun kebiasannya pemain akan berhijrah ke Qatar atau China. Bintang Real Madrid itu berpindah ke kelab juara Liga Itali dengan nilai perpindahan sebanyak 99.2 juta pound selepas sembilan tahun. "Untuk datang ke kelab di tahap karier saya sebegini, saya sangat gembira," jelasnya ketika diperkenalkan di Turin. Ronaldo berharap akan menjadi 'bintang bertuah' untuk kelab dalam cubaan menjuarai Liga Juara-juara. Ronaldo merupakan pemenang Ballion d'Or sebanyak lima kali dan merakam 450 gol untuk Real dengan empat kali julang trofi Liga Juara-Juara, dua trofi La Liga selepas berpindah dari Manchester United pada tahun 2009. Malah Ronaldo juga turut membantu Portugal menjuarai kempen Euro 2016. "Saya mahu menang. Syaa mahu jadi yang terbaik. Siapa tahu saya akan dianugerahkan Ballon d'Or lagi, kerana perkara itu akan terjadi tanpa disedari. "Mungkin sukar memenanginya di Manchester dan Real Madrid, tetapi mungkin di sini? Kita akan lihat."