suria

Wenger dedah kesilapan besar

ARSENE Wenger membuka mulut berkongsi cerita 22 tahun berada di Arsenal.

Pengurus kelahiran Perancis itu mengakui kesilapan besarnya apabila berada terlalu lama bersama The Gunners.

Wenger meninggalkan Stadium Emirates musim lalu selepas dua dekat berada di sana dengan merakam rekod tiga trofi Liga Perdana, tujuh Piala FA dan rekod tanpa kalah musim 2003-04.

Bagaimana pun Wenger 68 tahun, mengakui belum pasti masa depan kariernya selepas ini.

Ketika ditemubual oleh RTL, Wenger mendedahkan apa kesilapan besar yang dibuatnya sepanjang menguruskan Arsenal.

"Mungkin berada di kelab yang sama selama 22 tahun. Saya adalah seorang yang suka bergerak-gerak, tetapi juga sukakan cabaran.

"Saya telah berada di 'penjara' dengan cabaran sendiri ketika itu.



"Saya menyesal apabila berkorban segalanya kerana saya sedari ia mengecewakan orang yang berada sekeliling saya.

"Saya juga mengabaikan ramai orang lain. Mengabaikan keluarga, dan orang terdekat.

"Secara mendalam, seorang lelaki obses akan pentingkan diri terhadap orang yang dia sayang. Dia mengabaikan banyak perkara.

"Saya selalu bertanyakan jika Thierry Henry dan Patrick Vieira akan menjadi pengurus yang baik dan saya sentiasa jawab 'ya'.

"Mereka semuanya mempunyai kualiti, mereka bijak tahu bola sepak dan mempunyai kemahiran yang hebat tetapi mereka perlu berkorban apa yang perlu dikorbankan.

"Ia adalah salu obsesi yang sentiasa berpusing di kepala pagi dan siang.

"Anda bangun pukul 3 pagi memikirkan menegenai pemilihan pemain, taktik, formasi..," ujarnya.

Arsene Wenger, Arsenal

Artikel Sebelum

Pogba mahu bersama Ronaldo

Artikel Berikut

Sanchez kena tinggal

Artikel Lain