JURGEN Klopp mempertahankan tindakan Liverpool yang berbelanja besar musim baharu ini. The Reds dilihat lebih agresif menberli pemain pada jendela baharu ini dan merekodkan sejarah baharu dengan perbelanjaan lebih 170 juta pound keseluruhan Khamis lalu. Liverpool mencatat rekod dunia dengan memberli penjaga gol Brazil Alisson Becker dengan nilai 65 juta pound. Sebelum ini Klopp turut mendapatkan Naby Keita, Fabinho dan Xherdan Shaqiri. Malah Liverpool juga turut memecah rekod dunia dengan membeli pemain tengah Southampton Virgil van Dijk. Tindakan 'perbelanjaan mewah' itu mengundang tanda tanya kepada Klopp selepas dia mengkritik Manchester United ketika membeli Paul Pogba (89.3 juta pound) pada tahun 2016. Alisson Becker Ketika itu Klopp berkata: "Kelab lain boleh keluar dan berbelanja besar dan mengumpul pemain. Saya mahu melakukannya dengan cara berbeza." Dan kini Klopp tersenyum apabila bedepan dengan situasi yang lebih kurang sama. "Kami tidak kisah dengan pandangan orang sekeliling, seperti Manchester United tidak peduli apa yang saya cakap. "Ia hanya satu pandangan ketika itu. Adakah saya menukar pandangan sendiri? Ya, memang betul. "Tetapi lebih baik menuar pandangan anda daripada tidak pernah berpeluang membuatnya. "Apa sahaja yang orang kata, terus dan terus...saya berdepan dengan hari yang teruk dalam hidup dan perkara buruk. Saya baik sahaja. Kami mempunyai pemain yang diinginkan. "Itulah masalah pada hari ini. Apa sahaja yang cakap mengarut, tiada siapa yang lupa. Tetapi ia masih benar. "Saya tidka boleh bayangkan dunia akan berubah sepeti dua tahun lalu. 100 juta pound nombor yang gila. Sejak itu dunia berubah sepenuhnya," jelasnya.