suria

Tak jadi ke Roma, Malcom sertai Barcelona

Malcom sewaktu tiba di pejabat kelab Barcelona. Foto AP

BARCELONA memeterai perjanjian bernilai £45.5 juta (RM242.9 juta) bersama pemain Bordeaux, Malcom selepas menyambarnya dari Roma.

Perjanjian itu bernilai £36.5 juta dengan tambahan £9 juta.

Kelab dari Sepanyol itu membuat pengumuman mengenai pemain berusia 21 tahun sebelum beliau ke ibu negara Itali.

Bagaimanapun, isu dramatik itu nampaknya memberi kesan serius kepada pemain tengah Chelsea, Willian yang menantikan Barcelona untuk perjanjian dengan kelab Stamford Bridge dengan nilai £70 juta.

Chelsea menolak tawaran £65 juta untuk Willian pada Isnin tetapi perbincangan dijangka berterusan.

Malcom membatalkan penerbangan malamnya ke Rom, meninggalkan peminatnya yang kecewa di lapangan terbang.

Situasi untuk Roma bertambah buruk apabila kelab itu dimaklumkan bahawa bakat muda itu mahu menyertai Barcelona.

Malcom telah menandatangani perjanjian selama lima tahun sehingga akhir musim 2022-23. - Mail Online UK

Malcom, Barcelona

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain