KARIM Bellarabi dikejarkan ke hospital selepas rebah akibat keletihan kerana cuaca panas semasa perlawanan persahabatan dengan Wuppertaler di Bayer Leverkusen. Pemain sayap Jerman itu digantikan pada separuh masa tetapi pada minit ke-70, beliau rebah ke atas padang berikutan suhu mencecah 33 darjah. Kelab itu mengesahkan bahawa pemainnya berada dalam keadaan stabil dan dibawa ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga. "Karim Bellarabi rebah akibat keletihan. Dia kelihatan okay, tetapi dia dibawa ke hospital untuk diperiksa bagi memastikan keadaannya selamat," menurut tulisan di Twitter. Kelab Jerman kemudian mengemaskini maklumat bahawa keadaan pemain berusia 29 tahun itu bertambah baik. "Karim dalam keadaan baik dan telah diperiksa. Tetapi dia perlu berada di hospital semalaman untuk pemerhatian. "Terima kasih sekali lagi di atas keprihatinan anda dan semua ucapan dan anda!" - Mirror Online UK