suria

Richarlison jadi pemain baharu pertama Everton

RICHARLISON menjadi pemain pertama yang diikat pengurus baharu Everton.

Menurut Richarlison, penghijrahan ke Everton boleh membuka peluang untuknya menyarung jersi kebangsaan Brazil.

Malah pemain berusia 20 tahun itu tidak mahu mengecewakan Marco Silva yang mula membawanya ke England sebelum ini.

Everton membayar 44 juta pound dari Watford sebagai yuran perpindahan.

Dia menandatangani kontrak lima tahun di Goodison Park dan pengurus itu kini cuba memujuk pemain pertahanan Barcelona Yerry Mina dan Lucas Digne untuk menyertai mereka sebelum tarikh tutup perpindahan 9 Ogos ini.

"Everton meletak kepercayaan kepada saya dengan memberi jersi ini. Saya memang kenal dengan pengurus, dan tahu cara dia bekerja.

"Prestasi saya banyak meningkat ketika bersamanya di Watford. Dan sangat teruja sekali lagi dapat bekerja dengannya.

"Saya harap satu hari nanti ia boleh membantu saya menyertai pasukan Brazil.

"Tetapi itu adalah harapan masa depan. Untuk sekarang saya bersama Everton dan mahu impian jadi kenyataan," jelas Richarlison.

Richarlison, Everton

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

"Popov jangan gila talak!"

Artikel Lain