HARRY Maguire yakin dia akan berpindah ke Old Trafford dalam tempoh dua minggu akan datang, tetapi pihak Manchester United bagaimanapun enggan mempermudahkan jalan. Maguire berada di kedudukan teratas dalam senarai sasaran pemain pertahanan oleh Jose Mourinho pada musim panas ini, dengan Manchester United bersedia membayar sehingga £65 juta untuk mendapatkannya. Bagaimanapun, Leicester City boleh menuntut lebih banyak untuk seorang pemain yang hanya dibelanjakannya sebanyak £17 juta apabila pemain itu berhijrah ke kelab itu dari Hull City, setahun yang lalu. Dan Mourinho diberitahu oleh Manchester United bahawa beliau perlu menjual salah seorang daripada lima pemain tengahnya untuk membuka jalan bagi mendapatkan maguire. Jika Manchester United terlepas untuk mendapatkan pemain berusia 25 tahun itu, mereka boleh beralih ke Toby Alderweireld dari Tottenham atau pemain AC Milan, Leonardo Bonucci dari AC Milan. - Mail Online UK