JURGEN Klopp menegaskan Liverpool tetap akan mendapatkan khidmat Alisson Becker walaupun Loris Karius mempamerkan prestasi luar biasa di pentas Liga Juara-Juara. Karius melakukan dua kesilapan mudah ketika menentang Real Madrid di Kiev menyebabkan dia dikritik penyokong Liverpool. Terbaharu semasa perlawanan pra musim, pemain kelahiran Jerman itu terus dikecam gara-gara beberapa kesilapan. Klopp kemudian membuat keputusan membeli Alisson dari Roma dengan bidaan sekitar 65 juta pound sterling. Alisson menjadi penjaga gol pilihan pertama Brazil untuk aksi Piala Dunia di Moscow, Rusia bulan lalu. Karius mengakui masa depannya di Anfield masih samar dan mengkritik Klopp kerana tidak memaklumkannya tentang keputusan membawa masuk Alisson. Namun Klopp berpendapat dia tidak pernah memaklumkan kepada mana-mana pemainnya mengenai aktiviti perpindahan Liverpool. “Jika kami menang final dan Alisson sedia untuk dijual, kami tetap akan memburunya kerana kami fikir dia penjaga gol yang kami cari. “Penjaga gol lain pun bagus, seperti pemain tengah kami. Ia tidak bermakna kami beritahu Fabinho:”Maaf kami sudah ada pemain bagus, kami tidak perlukan kamu. “Dengar, saya tidak berjalan di bilik persalinan dan beritahu orang ramai bahawa saya mahu mendapatkan khidmat Fabinho atau Naby Keita,” katanya.