suria

Gerrard naik angin 45 minit tanpa jaringan

SEPARUH masa di Ibrox dalam perlawanan yang berlangsung pada Ahad adalah sesuatu yang baharu dan tidak menyenangkan buat pemain Rangers apabila mereka melihat sendiri perangai sebenar Steven Gerrard.

Kekal tanpa jaringan selepas 45 minit perlawanan, kemarahan bekas kapten Liverpool dan England itu mula menunjukkan hasil yang dikehendaki melalui kemenangan 3-0 ke atas Wigan Athletic.

Buat James Tavernier, tahap pencapaian yang tinggi dikehendaki oleh jurulatih yang pernah memenangi gelaran Liga Juara-Juara telah membantu Rangers memenaning piala pertama mereka dalam tempoh tujuh tahun.

Kapten Rangers itu mengakui dia lega melihat bos baharu mereka menunjukkan sisi garangnya semasa perlawanan persahabatan pra-musim, berbanding meledak ketika permainan berlangsung.

"Perlawanan bersama Wigan merupakan kali pertama saya melihat pengurus (Gerrard) mengamuk, tapi ia berbaloi selepas separuh masa kedua.

"Kami tahu cepat atau lambat dia akan jadi begitu. Dia sentiasa menjadi seorang ketua yang kuat.

"Pengurus telah menetapkan standard yang tinggi untuk kelab ini dan kualiti pasukan telah meningkat.

"Ia menjadi pada perlawanan Ahad," kata Tavernier seperti yang dilaporkan dalam Daily Mail UK.

Tavernier ialah seorang pemain yang santai tetapi memiliki karakter berkeyakinan tinggi.

Namun, selepas dilantik menjadi kapten baharu kelab tersebut oleh Gerrard, dia mengakui bahawa dia juga mungkin akan naik angin demi mencapai keputusan terbaik.

Steven Gerrard

Artikel Sebelum

Mungkin ada, mungkin tidak

Artikel Berikut

Artikel Lain