suria

Mungkin ada, mungkin tidak

PENGURUS Tottenham Mauricio Pochettino mengakui kelab itu mungkin menyertai Liga Perdana Inggeris tanpa pemain baharu.

Pochettino tidak pasti sama ada Tottenham akan menamatkan kebuntuan pasaran perpindahan mereka bagi mendapatkan pemain baharu menjelang musim Liga Perdana akan datang.

Kekurangan aktiviti menjadi satu kejutan memandangkan Pochettino sebelum ini menggesa hierarki kelab menjadi lebih "berani" dan "mengambil risiko" agar dapat menandingi pesaing terdekat mereka.

Antara pemain yang dikaitkan akan menyertai Spurs ialah Gareth Bale dari Real Madrid, Jack Grealish dari Aston Villa dan Anthony Martial dari Manchester United.

Namun, Pochettino masih belum boleh menjangkakan sama ada sebarang perpindahan akan berlaku.

"Musim lalu saya memberitahu anda beberapa angka, tetapi musim ini kita tidak tahu.

"Saya tidak tahu sama ada kita akan menandatangani (sesiapa) atau tidak, kami berusaha untuk melakukannya, saya tidak boleh beritahu anda jika kami akan menandatangani seorang, dua atau tiga atau empat atau tiada langsung," katanya kepada pemberita.

Bekas penyerang Argentina yang menandatangani kontrak baharu selama lima tahun pada Mei berkata, dia akan membiarkan orang lain bermain dengan "persepsi".

"Saya rasa saya bekerja dan menumpukan pada usaha untuk menyampaikan tugas saya, tugas kami," katanya.

Tottenham memulakan kempen Liga Perdana mereka ke Newcastle United pada 11 Ogos. - Goal

Tottenham

Artikel Berikut

Artikel Lain