suria

Martial berdegil, ini jawapan buat Mourinho

Anthony Martial. Foto AFP

ANTHONY Martial mempertahankan keputusannya untuk tidak menghadirikan diri dalam program jelajah Manchester United di Amerika Syarikat (AS) demi kelahiran anak lelakinya.

Jelas Martial, keluarganya didahulukan.

Martial mengesahkan beliau dia akan kembali ke Manchester United pada Khamis selepas tidak kelihatan lebih seminggu sejak meninggalkan pangkalan latihan kelab itu di Los Angeles.

Sebaliknya, beliau mengingkari pengurus, Jose Mourinho dan terbang ke Paris.

Pemain sayap Perancis berusia 22 tahun itu tidak berlatih selama lapan hari dan boleh dikenakan denda £180,000, bersamaan dengan gaji dua minggu, sekiranya Manchester United memutuskan bahawa ketidakhadiran tidak sah merupakan pelanggaran kontraknya.

Mourinho menggesa Martial supaya kembali ke AS selepas pasangannya, Melanie Da Cruz melahirkan anak lelaki mereka, Swan.

"Anak kecil saya Swan dalam keadaan baik.

"Maaf, tetapi keluarga saya sentiasa didahulukan. Kembali di Manchester esok," katanya. - Mail Online UK

Anthony Martial

Artikel Sebelum

Man United intai Yerry Mina

Artikel Berikut

Keputusan Liga Juara-Juara

Artikel Lain