JAKARTA: Pasangan beregu negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi mencipta kejutan dalam pusingan peringkat 16 saingan Sukan Asia 2018 apabila menewaskan pasangan No.3 dunia dari Jepun, Takeshi Kamura-Keigo Sonoda. Bertempat di Istora Gelora Bung Karno pada Sabtu, Yew Sin-Ee Yi yang berada di ranking ke-25 dunia menang dengan straight set 21-14 dan 21-17 untuk mara ke saingan suku akhir. Yew Sin-Ee Yi akan bertemu sama ada dengan pasangan regu Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto atau Kim Won-ho-Seo Seung-jae dari Korea Selatan, bagi saingan ke separuh akhir. Satu lagi pasangan negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong bakal bertemu pasangan Nepal, Shrestha Bikash-Shrestha Nabin untuk baki slot ke suku akhir.