suria

Aguero cari 'fasal' hisap shisha

SERGIO Aguero sengaja mencari fasal apabila dilihat melihat shisha bersama model Lola Magnin.

Klip video tersebut dimuat naik di laman Instagram Magnin pada Ahad yang menyaksikan pemain antarabangsa Argentina itu sedang menghisap shisha sambil ketawa.

Ia jelas menunjukkan penyerang berusia 30 tahun itu menyedut shisha sebelum menghembus ke arah kamera bersama kawannya itu.

Aguero menafikan dia sedang bercinta dengan model wanita itu.

"Saya tidak akan keluar dengan sesiapa. Saya kenal dia, tetapi itu sahaja.

"Dia adalah kawan saya, betul kenal dia tetapi tidak ada kisah cinta. Tidak ada misteri," jelasnya sebelum ini.

Aksi menghisap shisha itu pastinya akan menimbulkan kemarahan pengurus Manchester City, Pep Guardiola.

"Ia tidak kelihatan baik.

"Dia sepatutnya menunjukkan contoh kepada orang lain, peminat-peminat muda," jelas satu sumber kepada The Sun.

Sergio Aguero

Artikel Lain