suria

Menyayat hati Syed Saddiq tenangkan pesilat negara: "Jangan sesekali minta maaf, saya tidak akan terima"

PETALING JAYA: Pesilat negara, Mohd Al Jufferi Jamari ditenangkan Menteri Belia dan Sukan selepas kecewa dengan aksi akhir dalam Kelas E (65kg-70kg) pada Sukan Asia, Isnin.

Pesilat harapan emas negara ini terpaksa akur merangkul pingat perak selepas tewas kepada pesilat tuan rumah, Komang Harik Adi Putra, 1-4.

Menerusi klip video satu minit yang dimuat naik di Twitter Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menunjukkan Al Jufferi menangis sambil meminta maaf kepadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Saya tewas kerana ketidakadilan - Al Jufferi

Syed Saddiq kelihatan cuba memujuk Al Jufferi dan memeluk juara dunia 2016 dan pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 itu.

"Kamu tetap pemenang di mata dan hati kami semua brother Al Jufferi.

"Jangan sesekali minta maaf. Never. Saya tidak akan terima.

"Saya berdiri teguh bersama anda, perwira kita. InsyaAllah, Allah akan hadiahkan anda dengan pelbagai jalan, brother," tulis Syed Saddiq.

Syed Saddiq

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain