CRISTIANO Ronaldo Jr mula mengikut jejak langkah bapanya dengan menyertai Juventus. Ronaldo Jr,8, menjadi tumpuan ketika menyertai latihan Bawah 9 Tahun bersama Akademi Bianconeri. Menurut laporan Calciomercato, pasangan bintang Portugal itu, Georgina Rodriguez hadir menyaksikan latihan anaknya itu bermain bersama anak Mattia, Andrea Barzagli. Sebelum ini Ronaldo telah mengasah bakat anaknya itu sejak beberapa tahun lalu dan turut berkongsi video di laman sosial. Ronaldo bersama keluarganya. Bekas pemain Real Madrid itu yakin anaknya mempunyai masa depan cerah dan peluang mengasah bakatnya bersama akdemi terbaik dunia. "Cristiano Jr suka bersaing, dia seperti saya ketika kanak-kanak dahulu. "Dia tidak suka kalah dan saya pasti 100 peratus seperti saya. "Saya sukan mengajarnya beberapa perkara, dan terpulang kepadanya apa yang dia mahu. Saya sentiasa menyokongnya. "Tetapi sudah tentu saya mahu dia menjadi pemain bola sepak kerana yakin dia mempunyai bakat itu. Dia mempunyai badan yang baik, pantas, ada kemahiran dan jaringan dia bagus. "Bagaimana pun saya tidak akan memberi tekanan kepadanya walaupun impian saya untuk melihatd dia sebagai pemain bola sepak," jelas Ronaldo.