suria

Mourinho gesa Woodward tidak beli Ronaldo, anggap pembelian mengarut

JOSE Mourinho menggesa lembaga pengarah Manchester United supaya tidak membeli Cristiano Ronaldo sebaik sahaja bintang Portugal itu memutuskan untuk meninggalkan Real Madrid pada musim panas ini.

Pengurus United itu berpendapat bayaran 90 juta pound sterling kepada seorang pemain yang turut menuntut gaji sebanyak 500,000 pound seminggu sebagai pembelian mengarut.

Namun pendirian Mourinho ibarat 'ditentang secara senyap' apabila pemain sasarannya Toby ­Alderweireld, Harry Maguire dan Diego Godin tidak dibeli Naib Pengerusi Eksekutif United, Ed Woodward.

Mourinho dilaporkan masih marah dengan Woodward yang turut enggan mengeluarkan belanja untuk membeli sekurang-kurangnya seorang pemain pertahanan selepas kekalahan kepada Brighton dan Tottenham.

Dua kekalahan itu kini menyebabkan dia terpaksa berjuang bersendirian dengan mengharapkan pemain melakukan kejutan ketika bertemu Burnley, Sabtu malam.

Sebelum ini, Woodward didakwa sedia mengeluarkan pelaburan besar untuk membawa Ronaldo kembali ke England.

Namun Ronaldo memilih untuk menyertai Juventus dan akan membuat penampilan semula di Old Trafford ketika bertemu United pada aksi Liga Juara-Juara, Oktober ini.

Mourinho menegaskan beliau antara salah seorang pengurus terhebat tetapi mengakui:"Saya kata pada musim panas apa akan berlaku sebelum perlawanan bermula."

"Saya tahu ia akan jadi sukar tetapi saya juga tahu musim lepas juga sukar buat kami.

"Pasukan yang bagus adalah pasukan yang memiliki benteng pertahanan yang kukuh," katanya.

Cristiano Ronaldo

Artikel Lain