suria

Mesut sudah tutup pintu untuk Jerman - Joachim Low

Low dan Ozil (kanan).

JOACHIM Low tidak lagi berharap Mesut Ozil akan kembali menyarung jersi Jerman.

Bintang Arsenal itu mengumumkan persaraan daripada skuad kebangsaan Jerman selepas mendakwa Presiden Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB)  Reinhard Grindel mengamalkan diskriminasi kepadanya.

"Pada pandangan saya, Mesut Ozil jelas mahu bersara dan menutup pintu untuk dirinya kembali ke skuad negara. Jadi tiada topik dia akan kembali.

"Dia tidak menghubungi saya, tidak lagi sehingga hari ini.

"Saya cuba menghubunginya beberapa kali sejak dua minggu lalu, turut menghantar mesej.

"Mesej telah membuat keputusan. Saya perlu menerima keputusan itu," ujar ketua jurulatih Jerman itu kepada Sport Bild.

Jelas Low, pemain itu telah bersamanya selama sembilan tahun.

"Banyak pengalaman kami bersama. Ada ketika saat jatuh, tetapi itu hanya sedikit sahaja, selebihnya banyak yang di puncak. Kami menjuarai Piala Dunia. Ia akan kekal selamanya.

"Saya yakin dia antara salah seorang pemain  terbaik yang pernah Jerman ada sejak 20, 30 tahun.

"Suatu hari nanti, kami akan berbual. Saya mahu dia memberitahu kepada saya sendiri, dan saya kecewa pada mulanya," tambah Low.

Joachim Low, Mesut Ozil, Jerman

Artikel Lain