suria

Shaw akui saat sukar nyaris kehilangan kaki

LUKE Shaw nyaris kehilangan kakinya tiga tahun lalu.

Mengimbau kembali detik sukarnya dalam karier bola sepak, Shaw memberitahu insiden berlaku ketika aksi Liga Juara-Juara bertemu PSV Eindhoven pada 2015.

"Saya hampir kehilangan kaki dan menyedari perkara itu sehinggalah diberitahu doktor.

"Ia disebabkan darah beku di kaki saya ini dan mereka hampir menghantar saya pulang (Belanda).

"Ada dua kesan lebam di kaki dan mereka terpaksa membedah keluarkan darah beku itu.

"Selepas itu saya tidak ambil peduli kerana tidak merasakan apa-apa sehinggalah kaki saya patah," jelasnya.

Bagaimana pun pemain berusia 23 tahun itu gembira kerana semuanya pulih dan berterima kasih kepada keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa menyokongnya.

"Tipulah jika saya tidak terfikir untuk berhenti bermain bola sepak.

"Tetapi dengan adanya kawan-kawan dan keluarga, mereka banyak membantu saya mengharungi situasi sukar ini.

"Inilah motivasi saya untuk terus bangkit dan menjadi pemain pertahanan terbaik dunia," ujar Shaw.

Luke Shaw

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Neymar kekal kapten Brazil

Artikel Lain