NEYMAR dikekalkan sebagai kapten Brazil. Pemilihan kapten bagi pasukan Brazil boleh menjadi kontroversi sekiranya penyokong-penyokong negara itu tidak menerimanya. Ketua jurulatih Brazil, Tite memberitahu dalam satu sidang media pada Khamis bahawa Neymar adalah ketua pasukan Brazil. "Saya mengumumkan bahawa pemilihan kapten secara pusingan sudah berakhir. Neymar telah banyak meningkat dan matang sejak beberapa tahun ini, dan saya tahu dia sudah berlatih untuk fungsi yang baharu ini," jelas Tite.