suria

Pogba minta kapsyen, tapi kena 'sembur' dengan peminat

PEMINAT Manchester United semakin hilang sabar dengan Paul Pogba gara-gara posting terkini yang dimuat naik oleh pemain tersebut ke media sosial.

Pemain tengah itu memuat naik gambarnya seakan-akan berbisik kepada Kylian Mbappe dan Antoine Griezmann pada perlawanan persahabatan antara Perancis dengan Jerman pada Khamis malam, dia kemudian meminta peminat untuk memberikan cadangan kapsyen untuk gambar itu.

Masa depan Pogba di United menjadi tanda tanya dan selepas perlawanan di Allianz Arena berlangsung, dia berkata: "Masa depan saya sekarang di Manchester.

"Saya masih ada kontrak. Saya bermain di sana buat masa ini, tapi siapa tahu apa yang akan berlaku dalam masa beberapa bulan akan datang?"

Bagaimanapun, tweet Pogba tidak menerima reaksi baik daripada penyokong United dan ada antara mereka yang menganggapnya sebagai sesuatu yang biadab.

Seorang penyokong United membalas: "Paul, kenapa anda menjadi ***** kepada penyokong United yang setia dengan anda?

"Saya sayang anda, tapi anda langsung tidak menunjukkan contoh yang baik.

"Kalau anda ingin tinggalkan kelab, pergilah. Tapi, jangan biarkan ejen anda memalukan kelab kami dalam tempoh itu.

"Saya harap anda baca komen dan cermin diri dengan baik. Peminat sudah hilang sabar.

"Lebih baik anda mula bermain dengan baik atau keluar daripada kelab ini.

"Anda terlalu kecil untuk menyangka yang United tidak boleh hidup tanpa anda.

"Jose sedang memenangi peminat dan anda pula kehilangan kami." - Mirror UK

Paul Pogba

Artikel Lain