suria

Rashford tidak mungkin jadi penyerang selagi kekal di United - Shearer

MARCUS RASHFORD (gambar) tidak mungkin bergelar penyerang di Manchester United dan mungkin terpaksa meninggalkan kelab itu, kata Alan Shearer.

Penyerang berusia 20 tahun itu tidak berselindung dengan hakikat bahawa dia melihat dirinya sebagai seorang pemain tengah.

Dia bagaimanapun tidak berpeluang untuk membuktikan kemampuannya dalam posisi itu ketika berada di bawah Jose Mourinho.

Bos United mahu menggunakan pemain muda itu untuk posisi yang lebih luas dan ia menyebabkan kemampuan Rashford melakukan penyudah sedikit terjejas.

Shearer percaya isu itu menjadi punca kekalahan England kepada Sepanyol pada pembukaan Liga Negara-Negara EUFA.

Namun, Rashford meraih peluang keemasan selepas membuka perlawanan dengan satu jaringan gol di Wembley.

Shearer.

Penjaring gol terbanyak Liga Perdana Inggeris dan merangkul 63 gelaran untuk Three Lions itu memberitahu The Sun: "Saya adalah peminat setia Marcus Rashford.

"Dia masuk ke posisi yang baik, berlari di belakang pemain pertahanan dan ia satu ancaman yang berterusan.

"Jaringan oleh Rashford di Wembley pada Sabtu malam menunjukkan kemampuan dirinya.

"Malangnya, dia terlepas dua peluang yang boleh memberikan mata kepada England.

"Seorang penyerang tengah yang sering bermain dalam posisi tersebut untuk kelabnya mungkin tidak akan terlepas peluang seperti itu," katanya.

Perpindahan Rashford dari Old Trafford sudah mula diperkatakan kerana dia memerlukan lebih banyak masa bermain bagi menonjolkan potensi sebenarnya.

Shearer bagaimanapun faham jika pemain keluaran akademi United mengambil keputusan tersebut memandangkan dia tidak berpeluang untuk menjadi pemain utama buat Red Devils.

Lebih-lebih lagi apabila terdapat banyak pilihan pemain yang lain. - Goal

Marcus Rashford

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain