ROMANO Fenati dipecat daripada pasukannya Marinelli Ravacold Snipers apabila cuba menarik brek motosikal pesaingnya ketika aksi Moto2 pada Ahad lalu. Ketika aksi di San Marino itu, Fenati jelas dilihat dalam rakaman video cuba menarik brek seorang lagi pelumba dalam kelajuan 140mph. Tindakan itu menimbulkan kemarahan pelumba-pelumba yang yang menyifatkan ia sangat membahayakan. Bagaimana pun Fenati telah membuat permohonan secara terbuka selepas dipecat oleh pasukannya. Pelumba MotoGP British, Cal Crutchlow meminta Fenati digantung seumur hidup gara-gara tindakan mengejutkan itu. Mereka bernasib baik kerana tidak mengalami kemalangan serius. "Dia tidak patut berlumba lagi. Dia patut berada dalam garaj dan pasukannya menendang keluar. "Kamu tidak boleh melakukan ini kepada pelumba lain. Kami sudah cukup berdepan dengan risiko," ujar Crutchlow.