suria

Maradona anggap keputusan jadi jurulatih sebagai kelahiran semula selepas bergelut ketagihan dadah

Selain ketagihan dadah, Maradona turut mengalami ketagihan alkohol dan masalah obesiti. FOTO: Getty

LEGENDA bola sepak Argentina, Diego Maradona menyifatkan keputusannya untuk menjadi jurulatih kelab Mexico, Darados sebagai kelahiran semula selepas dia bergelut dengan ketagihan sebelum ini.

Keputusan Maradona ternyata menghairankan ramai pihak kerana Mexico sendiri terkenal sebagai pusat penjualan dadah.

Namun, dia dalam sidang media pertamanya menganggap keputusan tersebut sebagai permulaan baharu selepas pelbagai kemelut yang menimpanya.

Selain ketagihan dadah, Maradona turut mengalami ketagihan alkohol dan masalah obesiti.

"Saya mahu beri Dorados apa yang telah hilang sewaktu saya sakit.

"14 tahun saya sakit, kini saya mahu lihat mentari, nak tidur di malam hari seperti orang normal.

"Sebelum ini saya tak biasa tidur, tak kenal bantal. Sebab itu saya terima tawaran Dorados," ujarnya dihadapan 200 wartawan di Culiacan.

Dalam pada itu, keputusan Maradona turut menjadi jenaka sebilangan pihak di media sosial.

"Sinaola merupakan lokasi terbaik untuk kartel dadah, Darados pula dimiliki oleh ahli politik berkuasa yang turut dikaitkan dengan penyeludupan dadah," ujar pengguna media sosial.

Namun, Maradona menegaskan dia akan fokus terhadap bola sepak sahaja.

"Orang boleh berkata apa sahaja, sebelum ini saya jatuh, ia memakan diri dan saya ditikam dari belakang.

"Hanya bola sepak akan membawa saya kehadapan, semua itu juga berubah kerana anak perempuan saya," kata Maradona. - SuperSport

Darados, Diego Maradona

Artikel Lain