suria

Zlatan jaring gol ke-500 dengan tendangan 'backflick' paling bergaya

PEMAIN bola Zlatan Ibrahimovic menjaringkan gol ke-500 dalam kerjayanya pada awal pagi Ahad, dan ia sangat mengagumkan

Ibrahimovic, 36, mencatatkan angka jaringan itu semasa perlawanan LA Galaxy yang tewas 5-3 kepada Toronto di MLS.

Tidak dinafikan tiada pemain dalam sejarah bola sepak yang berjaya menjaringkan gol lebih imajinatif dan unik daripada Zlatan.

Penyerang itu menghasilkan detik 'trademark' ketika dia membuat tendangan ala gerakan bela diri lalu meluru terus ke gawang lawan.

Gol yang disumbat oleh Zlatan pada Ahad seolah-olah satu persembahan akrobatik terbaharu yang dihasilkannya.

Dia menjaringkan gol secara 'backflick' udara untuk Sweden ketika melawan Itali pada Euro 2004.

Zlatan kemudian sering menampilkan aksi penyudah luar biasa untuk Paris Saint-Germain dan menjaringkan gol yang paling hebat dengan tendangan overhead jarak jauhnya dalam perlawanan persahabatan antarabangsa menentang England pada 2014. - Eurosport

Zlatan Ibrahimovic

Artikel Lain