suria

Abramovich hanya mahu jual Chelsea kalau dapat bidaan rekod dunia

Roman Abramovich. Foto Reuters

PEMILIK Chelsea, Roman Abramovich hanya akan menjual kelab Liga Perdana Inggeris itu sekiranya beliau menerima tawaran paling tinggi, menurut laporan.

Keputusan untuk membatalkan rancangan stadium telah membawa kepada spekulasi bahawa Abramovich bersedia untuk menjual kelab itu tetapi sebagaimana dilaporkan, sekiranya menerima harga paling tinggi.

Bloomberg melaporkan Abramovich telah menolak tawaran sebanyak £2.3 bilion (RM12.54 bilion) dan untuk menunggu tawaran £3 bilion (16.35 bilion).

Awal tahun ini, Abramovich mengupah Raine Group, sebuah bank di New York, untuk memberi nasihat mengenai kemungkinan menjual kelab itu.

Menurut Bloomberg, kedua-dua wakil Chelsea dan Abramovich enggan memberi komen mengenai sebarang tawaran yang ditolak.

Ketidaktentuan masa depan Chelsea berikutan Britain mengambil langkah untuk menghentikan aliran wang ke negara ini dari Moscow berikutan isu keracunan Salisbury pada Mac lalu.

Abramovich menarik balik permohonannya untuk memperbaharui visa residen di UK selepas itu, dan juga membatalkan rancangan untuk stadium Chelsea.

Mei lalu, beliau mendapat kewarganegaraan Israel. - Mail Online UK

Roman Abramovich, Chelsea

Artikel Lain