suria

Bukan Mourinho, tapi sebab pengurusan tertinggi!

Jose Mourinho. Foto Reuters

BINTANG legenda Manchester United, Gary Neville menegaskan masalah kelab itu berpunca daripada pengurusan tertinggi dan bukan Jose Mourinho atau skuad itu.

Mourinho bakal berdepan dengan pemecatan apabila pasukannya mengalami kekalahan 3-1 oleh West Ham di Stadium London, Sabtu.

Jika dipecat, Mourinho akan menjadi pengurus ketiga yang dibuang oleh Naib Pengerusi Eksekutif Manchester United, Ed Woodward sejak mengambil alih jawatan itu daripada David Gill pada 2013.

Bagaimanapun, Neville percaya Woodward dan barisan eksekutifnya yang menyalahkan Manchester United yang terus tersungkur daripada masalah itu, dengan mengatakan bahawa masalah mereka bermula apabila gagal memberi peluang kepada David Moyes bagi menggantikan Sir Alex Ferguson.

Beliau berkata, masalah bermula ketika Manchester United memecat David Moyes selepas lapan bulan perkhidmatannya dan kelab itu kehilangan semua nilai yang dibina selama 100 tahun.

"Ia bukan pengurus, tetapi kelemahan kepimpinan bola sepak di peringkat atasan. Mereka bertindak tanpa rancangan!"

Bekas pemain pertahanan England itu percaya Woodward merupakan individu di atas kegagalan membabitkan pengurus Manchester United selepas persaraan Ferguson pada 2013. - Mail Online UK


Manchester United, Jose Mourinho

Artikel Berikut

Artikel Lain