SEORANG wanita Amerika mendakwa Cristiano Ronaldo merogolnya di Las Vegas. Beberapa tahun lepas, bintang bola sepak itu didakwa membayarnya untuk mendiamkan diri. Kini, wanita itu tampil bersuara buat pertama kali dan mengemukakan aduan terhadap Ronaldo. ARTIKEL BERKAITAN: Ronaldo didakwa rogol model, kertas siasatan dibuka semula Kathryn Mayorga memiliki dokumen yang mungkin amat bahaya buat pemain berusia 33 tahun itu. Dia sepatutnya tidak membuka mulut sampai bila-bila kerana tiada sesiapa pun perlu tahu tentang kejadian yang berlaku di Las Vegas pada 2009. Mayorga. - Gambar oleh Maria Feck/ DER SPIEGEL Terutamanya bukan versi yang diceritakan oleh Mayorga, lapor Spiegel Online. Mayorga turut menandatangani perjanjian dan menerima bayaran agar tidak mendedahkan tentang insiden berkenaan. Bagaimanapun, wanita itu menandatangani perjanjian tersebut kerana khuatir tentang diri dan keluarganya. Mayorga kini berusia 34 tahun dan pernah bekerja di sebuah sekolah rendah. Dia kemudian meletak jawatan dan berkata: "Sebab saya memerlukan segala kekuatan yang ada pada masa sekarang." Mereka bertemu pada 12 Jun 2009 di sebuah kelab malam di Las Vegas. Ronaldo dan Mayorga di sebuah kelab di Las Vegas pada 2009. - Flynetpictures.com/SplashNews.com Ronaldo berada di situ dengan abang iparnya dan seorang sepupu. Ketika itu, Ronaldo berpindah daripada Manchester United ke Real Madrid. Mayorga pula pada ketika itu merupakan seorang model muda dan salah satu pekerjaannya adalah keluar dengan wanita muda dan cantik di kelab malam untuk menggoda pengunjung. Pada malam tersebut, model itu bertemu dengan Ronaldo di bahagian VIP, Palms Casino Resort. Gambar yang dirakam oleh paparazi menunjukkan Mayorga berdiri dekat dengan Ronaldo dan berbual. Parti pada malam itu berlangsung sehingga awal pagi di rumah emper Ronaldo dekat Hotel Palms Place. Hanya dua orang yang tahu apa sebenarnya yang berlaku iaitu Kathryn Mayorga and Cristiano Ronaldo. Perkara yang jelas adalah Ronaldo memang ada membayar Mayorga 375,000 dollar Amerika (RM1.5 juta) beberapa bulan kemudian sebagai sebahagian daripada penyelesaian kes luar mahkamah. Sebagai pertukaran, Mayorga menandatangani perjanjian untuk tidak lagi bercakap tentang tuduhan rogol tersebut.