suria

Dakwaan rogol mungkin jejaskan kontrak mahal Ronaldo dengan Nike

PENGELUAR pakaian sukan terkemuka, Nike yang mempunyai kontrak bernilai AS$1 bilion (RM4.15 bilion) dengan Cristiano Ronaldo akan memantau secara terperinci tuduhan rogol melibatkan pemain itu.

Selain Nike, EA Sports yang turut mempunyai kontrak dengan Ronaldo turut meluahkan perkara sama.

Bintang Juventus itu kini berhadapan dengan tuduhan rogol ke atas Kathryn Mayorga yang mendakwa kejadian itu berlaku pada 2009.

Wanita berusia 34 tahun itu memfailkan saman terhadap Ronaldo berhubung dakwaan rogol di penthouse suite sebuah hotel di Las Vegas.

Mayorga turut mendakwa bekas pemain Manchester United itu mengupah sebuah pasukan untuk menghalang siasatan jenayah tersebut dan mengarahkannya menerima wang berjumlah 268,000 pound sterling supaya tidak membongkarkan kejadian tersebut.

Ronaldo bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut pada Rabu.

“Saya secara tegas menafikan tuduhan yang dikeluarkan terhadap saya.

Susulan pendedahan itu, Ronaldo kini digugurkan daripada barisan pemain Portugal bagi perlawanan menentang Poland dan Scotland.

Dalam pada itu, Nike menyatakan mereka mengambil berat mengenai tuduhan itu dan akan berterusan meneliti perkembangan tuduhan itu.

"Kami sudah baca laporan mengenai dakwaan ke atas Ronaldo.

"Kami sedang memantau kes ini. Semua atlet dan duta kami perlu berkelakuan baik seiring dengan nilai syarikat da produk kami," ujar EA Sports pula.

Penafian Ronaldo mengenai dakwaan itu di laman Twitter ternyata menarik perhatian ramai sehingga menerima hampir 50,000 ulang kicau (retweet).

Selain kecaman, peminat turut menghantar ucapan semangat dan kata-kata positif buat bintang itu di media sosial - BBC.Com.

Cristiano Ronaldo, Juventus, Nike

Artikel Lain