GEMPA bumi dan tsunami yang melanda Indonesia Jumaat lalu turut mendapat perhatian bintang bola sepak terkenal dunia. Selain Paul Pogba dan David De Gea, Sergio Ramos turut memuat naik perkongsian mengenai bencana itu di laman Instagram miliknya sehingga menerima lebih setengah juta tanda suka. Menerusi posting itu, Ramos memohon agar semua pihak agar turut serta dalam usaha membantu mereka yang terjejas dalam bencana itu. Peringatan bersama Ramos itu disifatkan bertepatan dengan kapasitinya yang dilantik sebagai duta untuk jawatankuasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) Sepanyol. Selain kerosakan harta benda, lebih 1,000 rakyat Indonesia turut terkorban dalam kejadian tsunami dan gempa baru-baru ini. Gempa sekuat 7.5 skala richter itu menggegar Palu dan Donggala, Sulawesi Tengah sehingga mengorbankan lebih 1,000 nyawa. Dalam pada itu, tweet Pogba mengenai bencana itu turut menerima perhatian ramai. Dia yang mendoakan Indonesia sambil menyertakan tanda pagar #PrayForPalu dan #PrayForIndonesia menerima lebih 11,000 ulang kicau (retweet). Malah, pengikut Pogba turut menzahirkan rasa simpati mereka dengan menghantar ucapan positif serta kata-kata semangat buat rakyat Indonesia di bawah posting tersebut. - IndoSport.