PEGUAM mewakili model yang mendakwa dirogol Cristiano Ronaldo di Las Vegas akan menyoal siasat beberapa bekas kekasih bintang Juventus itu. Antaranya adalah Gemma Atkinson, Paris Hilton dan Kim Kardashian. Polis telah membuka semula kertas siasataan berhubung dakwaan rogol bintang bola sepak itu yang difailkan Kathryn Mayorga, 34, pada Jun 2009. Peguam Mayorga mengesahkan beberapa bekas kekasih Ronaldo akan dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan, lapor The Sunday Mirror. Atkinson dilaporkan pernah bercinta dengan Ronaldo pada 2007. Atkinson dilihat keluar dengan bekas bintang Manchester United itu pada 2007. Supermodel Irina Shayk turut akan dipanggil bagi membantu siasatan. Ronaldo menafikan dakwaan tersebut. Tiada bukti bahawa Ronaldo menyerang mana-mana bekas kekasihnya sebelum ini. Leslie Stovall, peguam Mayorga memberitahu keterangan bekas kekasih Ronaldo akan memberi gambaran mengenai kelakukan sebenar pemain Juventus itu yang diharap dapat membantu siasatan kes dakwaan rogol tersebut. "Saya mahu bercakap dengan mana-mana teman wanita yang tahu atau mengenali rapat Ronaldo. Saya akan berlepas ke UK jika perlu," katanya. - The Sun