MANCHESTER United mengarahkan Zinedine Zidane supaya menolak semua tawaran yang dikemukakan kepadanya ketika masa depan Jose Mourinho disifatkan sebagai sudah berada di hujung tanduk. Mourinho begitu terdesak untuk mengekalkan jawatan dan menjangkakan kemenangan 3-2 ke atas Newcastle United di Old Trafford akan mengubah keputusan lembaga pengarah United. Namun bos United tidak yakin pengendali dari Portugal itu dapat mengembalikan semula prestasi terbaik pasukan itu. Susulan itu, mereka meminta Zidane untuk menolak semua tawaran yang diterimanya bagi mengisi kerusi panas yang bakal ditinggalkan Mourinho pada bila-bila masa.. Naib Pengerusi Eksekutif United, Ed Woodward dan lembaga pengarahnya menggunakan taktik yang sama terhadap Mourinho semasa mereka bersiap sedia untuk memecat Louis van Gaal sebelum ini. Dan kini mereka sedang menunggu masa yang sesuai untuk melantik bekas pengurus Real Madrid itu, lapor The Mirror. Zidane sudah mula mengikuti kelas bahasa Inggeris dan menyenaraikan beberapa pemain yang ingin dibawa masuknya ke Old Trafford kelak. Woodward yakin kehadiran Zidane akan memulihkan semangat pasukan memandangkan Paul Pogba berminat untuk beraksi dibawah kendalian legenda Perancis itu. - Metro.co.uk