suria

Pemain berpindah, peminat juga lari, kata Arsene Wenger

BEKAS pengurus kelab bola sepak gergasi Arsenal, Arsene Wenger meluahkan pendapatnya mengenai kuasa dalam sukan itu dalam era masa kini.

Ujarnya, situasi dalam sukan bola sepak sudah berubah khususnya melibatkan peminat dan juga penggunaan media sosial.

"Kalau dulu pemain yang bermain untuk kelab, tapi sekarang kelab kena lakukan apa sahaja untuk pemain mereka.

"Dulu-dulu, pemain rasa bersalah kalau prestasi tak bagus. Sekarang lain, kelab pula yang akan lakukan segalanya," ujar Wenger yang berpengalaman selama 22 tahun sebagai pengurus.

Malah, dia percaya suatu hari nanti mungkin akan tiba masanya pemilihan pemain untuk digantikan dalam sesebuah permainan akan ditentukan menerusi media sosial.

"Contohnya mudah sahaja, Ronaldo meninggalkan Real Madrid dan berpindah ke Juventus. Maka peminat Ronaldo juga akan beralih ke Juventus dan tidak lagi menyokong Real Madrid.

"Pemain sangat berkuasa. Lihat sahaja Neymar. Dia ada 170 juta pengikut. Dirinya sendiri jauh lebih 'besar' berbanding liga bola sepak yang disertainya," ujar Wenger lagi.

Dalam pada itu, Wenger yang melepaskan jawatannya daripada Arsenal tempoh hari mendedahkan akan kembali bertugas pada Januari tahun depan.

Namun, dia masih lagi tidak dapat memutuskan pasukan yang akan dikendalikannya.-The Telegraph UK.

 

Arsene Wenger

Artikel Lain