suria

Salah akhiri kemarau gol

MOHAMED Salah menutup mulut pengkritiknya apabila meledak gol kemenangan Liverpool ketika menundukkan Huddersfield 1-0, malam Sabtu.

Pemain berusia 26 tahun itu mempamerkan aksi luar biasa pada musim pertamanya bersama Liverpool apabila menjaringkan 44 gol dalam kesemua perlawanan tetapi bergelut dengan prestasi tidak menentu sejak beberapa minggu lalu.

Namun, Salah akhirnya menamatkan kemarau gol pada minit ke-24 di Stadium John Smith.

Dengan kemenangan itu, Liverpool kembali mengejar Manchester City yang menduduki tangga teratas.

Kedua-dua pasukan kini berkongsi 23 mata.

Ditanya mengenai prestasi tidak menentunya, Salah berkata:"Perkara paling penting adalah membantu pasukan memperoleh keputusan dan kini kami sudah kembali ke landasan terbaik."

"Ia tidak membimbangkan saya, perkara paling penting adalah pasukan, selagi saya membantu pasukan mendapat keputusan baik, saya tidak bimbang.

"Kami ada empat atau lima pemain yang bermain dalam pasukan untuk pertama kali. Kesemua kami berada pada tahap yang sama, jadi kami perlu bersaing.

"Ia perlawanan yang sukar tetapi akhirnya kami memperoleh tiga mata, itu paling penting," kata Salah.

Mohamed Salah, Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Lain