suria

Van Persie beri bayangan bersara hujung musim ini

SELEPAS karier cemerlang di Arsenal, Manchester United dan Feyenoord, Robin van Persie bersedia untuk menggantung butnya penghujung musim ini.

Penyerang Feyenoord itu menyertai kelab lamanya pada Januari lalu dan berpuas hati menghabiskan kariernya di situ.

Biarpun melalui musim cemerlang, pemain berusia 35 tahun itu tidak merancang untuk meneruskan kempen musim depan.

"Bila sepatutnya saya berhenti? Biasanya ketika tamat musim.

"Saya akan berusia 36 tahun dan menjadi pemain profesional selama 18 tahun. Sejak usia lima tahun, saya hanya terlibat dalam bola sepak.

"Saya juga tidak percaya kepulangan ke Feyenoord ini hanya akan sukses jika kami menjuarai gelaran.

"Bagaimana untuk sukses? Ia sebenarnya apabila anda menggambarkan keseluruhannya. Kegembiraan apabila kembali ke Feyenoord.

"Sebagai pemain bola sepak saya mahukan kemenangan dan menang trofi sangat hebat, tetapi ia bukan pengukur sama ada kembali ke sini sukses atau tidak.

"Saya mahu berikan sesuatu, kongsi pengalaman. Saya mahu membantu rakan-rakan yang lain," jelasnya.

Van Persie meninggalkan Feyenoord pada 2004 dan menyertai Arsenal dan hanya Piala FA yang dirangkul sepanjang lapan tahun di London.

Bekas pemain Belanda yang turut menjulang Piala Dunia 2010 itu sempat bersama Fenebahce seketika.-OneFootball

Robin van Persie

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain