MOHAMED Salah menjadi pemain terpantas Liverpool merakam gol ke-50 ketika aksi kemenangan 4-0 ke atas Red Star Belgrade. Pada saingan Liga Juara-Juara itu, Salah menyumbat dua gol yang sekaligus dia merekodkan enam gol daripada 13 perlawanan serta 50 gol untuk kelab keseluruhannya. Salah menjadi pemain terpantas dalam rekod sejarah The Reds yang dipegang sebelum ini oleh Albert Stubbins pada tahun 1940-an. "Ia rekod yang hebat dan saya amat berbangga dengannya. Saya hanya mahu terus menjaringkan gol dan membantu pasukan untuk menang. "Corak permainan dan sistem amat berbeza tetapi kami tahu kualiti sendiri dan setiap orang sangat gembira," jelasnya yang merujuk kepada gandingan Roberto Firmino dan Sadio Mane. Sebelum ini Salah menjadi perbualan kerana prestasi pemain Mesir itu agak perlahan berbanding musim lalu yang meledak 44 gol keseluruhannya. "Sangat bagus kerana mungkin kami dapat menghentikan perbualan itu dan ia sedikit membantu. "Saya tidak ragu-ragu dia juga tidak ragu-ragu, tetapi jika anda terus bercakap ia seperti ada kesalahan," jelas pengurus Jurgen Klopp.-EuroSport