suria

Nampak macam patah... pemain Tajikistan mengaku kecederaan sebahagian daripada bola sepak

Ziyovuddin meraung kesakitan selepas kaki kanannya terkehel ketika aksi berteme Malaysia Selasa malam.

PETALING JAYA:  Pemain Bawah 19 Tahun (B-19) Tajikistan Ziyovuddin Fuzaylov bernasib baik kerana kakinya hanya terkehel ketika aksi ngeri yang menyebabkan dirinya ditimpa kecederaan.

Kaki kanan Ziyovuddin kelihatan seperti patah selepas diterjah pemain pertahanan negara Nabil Hakim ketika perlawanan Kumpulan D Piala AFC B-19 di Bekasi pada Selasa malam.

Pengurus skuad B-19 kebangsaan Datuk Ab Ghani Hassan yang juga merupakan Naib Presiden FAM bersama dengan penolong ketua jurulatih Hairuddin Omar sempat meluangkan masa melawat pemain muda Tajiskistan itu di Hospital RSIA Hermina, Bekasi pada Rabu.

Hairuddin (kiri) bersama Abd Ghani melawat Ziyovuddin. Foto:FAM

Menurut Hairuddin, lawatan ke hospital itu bagi menunjukkan rasa simpati ke atas nasib pemain tersebut.

"Kami mewakili FAM melawat Ziyovuddin, sebagai ingatan dan kita semua adalah sebuah keluarga besar bola sepak.

"Syukur tidak ada yang serius. Pemain itu sendiri cakap kecederaan adalah sebahagian daripada bola sepak," ujarnya kepada mStar Online.

Pada perlawanan tersebut, Malaysia berjaya meraih seri 2-2 selepas tewas 2-1 pada aksi pertama bertemu Arab Saudi.

Skuad kendalian Bojan Hodak itu akan berdepan dengan pesaing sukar, China pada 26 Oktober ini sekali gus menjadi perlawanan penentu untuk mara ke peringkat seterusnya.

Ziyovuddin Fuzaylov, Tajikistan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain