BEKAS pengurus England Sven-Goran Eriksson akan membimbing pasukan kebangsaan Filipina bagi saingan Piala AFF Suzuki bermula November ini. Eriksson juga akan membawa skuad Azkals itu pada final Piala Asia 2019. Jurulatih berusia 70 tahun itu sebelum ini turut dikaitkan dengan jawatan di Iraq dan Cameoon, namun dia dijangka tiba di Manila minggu depan ketika sesi latihan pusat skuad kebangsaan. "Salah seorang jurulatih legenda sepanjang zaman, Sven-Goran Eriksson akan membiombing Azkals untuk Piala Suzuki dan Piala Asia," jelas pengurus pasukan Dan Palami ketika sesi jelajah tropi Piala Suzuki di Malai pada Sabtu. "Saya pasti kehadiran dia akan menjadi tambahan hebat kepada pasukan dan pasti pemain-pemain akan banyak belajar daripadanya. "Dia akan bekerjasama dengan jurulatih kami, Scoot Cooper. Ia salah satu langkah yang kami buat untuk memastikan yang terbaik pada edisi Piala Suzuki ini." Eriksson mengambil alih pasukan selepas dua bulan Terry Butcher meletak jawatan tanpa mengadakan sebarang sesi latihan. Bekas kapten England yang dilantik Jun lalu memberitahu dia tidak mahu meneruskan tugasnya pada Ogos lalu.-The Star