suria

Final Piala Malaysia diteruskan, MFL nafi gambar air bertakung

Pintu stadium mula dibuka pukul 4.30 petang.

SHAH ALAM: Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menafikan gambar air bertakung di gelanggang perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 di Stadium Shah Alam, melibatkan pertemuan antara  Terengganu FC (TFC) dan Perak, pukul 9 Sabtu malam.

Menurut jurucakap MFL, gambar yang tular di laman media sosial menunjukkan Stadium Shah Alam dalam keadaan dipenuhi takungan air adalah tidak benar.

“Hujan sudah berhenti. Gambar yang tular itu tidak benar. Perlawanan akhir akan berlangsung seperti dijadual malam ini,” katanya.

Pertembungan TFC dan Perak dalam pentas akhir itu mengimbau kembali kenangan pertemuan klasik kedua-dua pasukan berkenaan pada aksi final 1998 dan 2001.

Untuk rekod, Perak muncul juara Piala Malaysia 1998 selepas mencatat kemenangan menerusi sepakan penalti 5-3 selepas kedua-dua pasukan seri 1-1 sehingga tamat masa sebenar perlawanan.

Sementara, TFC (dikenali sebagai Terengganu pada 2001) pula dinobat  juara Piala Malaysia 2001 selepas menumpaskan Perak 2-1 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Bernama

Artikel Sebelum

Eriksson bimbing Filipina

Artikel Lain