suria

Messi terkejut anak lukis gambar ada lambang Juventus

Lionel Messi. Foto AFP

LIONEL Messi bersama anak lelakinya, Thiago di Nou Camp pada Rabu semasa Barcelona menentang Inter Milan dalam perlawanan Liga Juara-Juara.

Pemain kelahiran Argentina itu bagaimanapun tidak dapat bermain selepas mengalami kecederaan pada tangannya sewaktu perlawanan menentang Sevilla.

Sepanjang menyaksikan perlawanan, Thiago bersorak di Barcelona bersama bapanya, tapi pada masa sama menghabiskan masa melukis beberapa gambar pada kertas bersaiz AF.

Tidak jelas apa yang dilukis oleh Thiago, tetapi anak muda itu berinteraksi dengan bapanya yang dapat mengesan sesuatu yang melucukan pada salah satu lukisan berkenaan.

Di tengah-tengah kertas tersebut kelihatan lambang kelab Juventus, dengan Thiago menunjukkan lakaran itu kepada bapanya.

Anak Messi menunjukkan lukisan yang dilakarkannya semasa menonton perlawanan Barcelona di Nou Camp. Foto Twitter/juvefcdotcom

Menerusi satu video, Messi dilihat memberi perhatian kepada anak lelakinya dan menunjukkan reaksi apabila terdapat lambang huruf J warna hitam pada sekeping kertas.

Messi kemudian terkejut sambil memandang anaknya sebelum ketawa.

Saingan Messi sejak dulu, Cristiano Ronaldo baru-baru ini meninggalkan Real Madrid untuk menyertai Juventus, tetapi tidak mungkin anaknya itu merujuk Messi kepada Ronaldo. 

Sebaliknya, dia mungkin merancang laluan Barcelona ke perlawanan akhir dan memilih kelab gergasi Itali sebagai pasukan yang dapat memberikan ujian terbesar mereka. - Mirror Online

Lionel Messi