BEKAS pemain bola sepak profesional, Paul Merson dan Phil Thompson meramalkan Manchester United dan Arsenal akan tersingkir daripada kelompok empat pasukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini. Selepas 10 perlawanan, Manchester City menyertai Liverpool dalam senarai teratas dengan kedua-dua kelab itu masih mengekalkan rekod tanpa kalah. Chelsea juga masih belum tewas semasa dibawah kendalian Maurizio Sarri dan menduduki tempat ketiga ketika ini. Arsenal memenangi 11 perlawanan berturut-turut sebelum terikat seri 2-2 dengan Crystal Palace manakala Tottenham juga tampil cemerlang pada permulaan mula sebelum tewas kepada Manchester City pada Isnin lalu. Anak buah Jose Mourinho berada di tempat kelapan dengan hanya memenangi separuh daripada 10 perlawanan yang sudah diharungi. City diramal sebagai juara EPL musim ini. Merson dan Thompon menjangkakan City akan mempertahankan kejuaraan musim ini manakala United dan Arsenal bakal tersingkir daripada empat pasukan teratas. "Manchester City hanya lebih baik daripada Liverpool dan Chelsea terlalu bergantung dengan Hazard. "Jurang mata Arsenal terlalu jauh, benteng pertahanan mereka masih sama seperti semasa dibawah kendalian Arsene Wenger. "Dan Manchester United melepaskan banyak mata dan tidak menyakinkan setiap minit," katanya. Thompson yang juga bekas pemain pertahanan Liverpool berkata:"City masih terlalu kuat tetapi Liverpool masih ada peluang." "Namun mereka tidak boleh melakukan sebarang kesilapan mudah jika ingin menang. "Chelsea amat membanggakan saya setakat ini dan dengan Hazard mereka boleh menamatkan saingan di tempat ketiga," katanya. - Metro.co.uk