MAYAT pemilik Leicester City, mendiang Vichai Srivaddhanaprabha tiba di Bangkok, Thailand. Srivaddhanaprabha, 60, merupakan salah seorang daripada lima yang maut dalam nahas helikopter terhempas ketika berlepas dari Stadium King Power Stadium di Leicester, England, hujung minggu lalu. Penghormatan daripada ribuan penyokong semua kelab terhadap mendiang membanjiri Leicester pada minggu ini. Mayat mendiang Srivaddhanaprabha tiba di Kuil Buddha di Bangkok, di mana upacara pengebumian akan bermula pada Sabtu dan berlangsung selama tujuh hari. Anak lelaki mendiang, Aiyawatt dan isteri, Aimon dipercayai berada di ibu negara Thailand itu sempena upacara pengebumian bapanya. Para pemain Leicester City bakal ke Thailand pada minggu depan bagi memberi penghormatan terakhir. - Mirror Online