suria

Conte mungkin tidak sertai Real kerana buat tuntutan sukar dipenuhi

REAL MADRID mungkin tidak akan melantik Antonio Conte sebagai pengurus disebabkan oleh tuntutan bekas bos Chelsea itu.

Itulah pandangan bekas presiden kelab Madrid, Roman Calderon yang telah menyuarakan tentang isu yang dihadapi oleh gergasi La Liga tersebut.

Lopetegui hanya mengambil alih peranan sebagai jurulatih pada musim panas berikutan peletakan jawatan Zinedine Zidane tetapi ditunjukkan pintu keluar selepas mengalami kekalahan 5-1 kepada lawannya, Barcelona.

Conte, yang juga dipecat oleh Chelsea pada musim panas merupakan calon kegemaran untuk mengambil alih kelab tersebut.

Tetapi Calderon yang merupakan presiden Los Blancos antara 2006 dan 2009 mendedahkan tentang permintaan yang dibuat Conte kepada kelab itu.

"Dia meminta tiga tahun dan membawa masuk lima pemain serta mempunyai kebebasan untuk mengikat dan perpindahan pemain.

"Tetapi itu sesuatu yang presiden (Florentino Perez) tidak bersedia untuk dipersetujui.

"Saya tidak fikir Antonio Conte akan menjadi jurulatih yang diharapkan oleh Bernabeu.

"Dia seperti Jose Mourinho, jurulatih yang bersikap mempertahankan diri dan biasanya mempunyai tiga pemain bek tengah," kata Calderon kepada program BBC Radio 5 live's Football Daily Euro Leagues. - Express UK

Antonio Conte

Artikel Sebelum

Artikel Lain