PEMAIN sayap Raheem Sterling menyambung kontrak tiga tahun bersama Manchester City sehingga tahun 2023. Pemain berusia 23 tahun itu telah merakam tujuh gol dalam 14 perlawanan mengakui kelab ini yang terbaik untuk meningkat, lebih-lebih lagi di bawah pengendali Pep Guardiola. Kontrak baharu Sterling ini dilaporkan bernilai 300,000 seminggu sekaligus menjadikan dia antara pemain yang menerima gaji paling tinggi. "Saya teruja untuk menandatangani kontrak baharu. Peningkatan saya sangat menakjubkan. "Saya dapat rasakan setiap minit berada di sini merupakan pilihan yang tepat. ia berbaloi dan sangat bertuah," ujarnya di laman web City. Sterling menyertai City dari Liverpool dengan nilai 49 juta pound pada tahun 2015 dan turut membantu kelab merangkul trofi liga dan Piala Liga musim lalu.