suria

Cole bersara, Hazard dedah pemain veteran itu punca dia ke Chelsea

Hazard (kiri) dan Cole pernah beraksi bersama Lille sebelum berpindah ke Stamford Bridge.

EDEN Hazard mendedahkan bagaimana Joe Cole meyakinkan dia untuk mengikat kontrak bersama Chelsea.

Cole mengumumkan persaraannya sebagai pemain bola sepak di usia 37 tahun pada Selasa.

Bekas pemain tengah veteran itu mencipta nama bersama West Ham sebelum berpindah ke Chelsea selama tujuh tahun, malah dia pernah beraksi untuk Liverpool, Lille, Aston Villa dan Conventry City serta merakam 56 kap bersama England di antara tahun 2001 dan 2010.

Hazard pernah bermain bersama Cole ketika di Lille sebelum pemain antarabangsa Belgium itu berpindah dari kelab Perancis ke Liga Perdana Inggeris pada tahun 2012 dengan nilai 32 juta pound.

"Saya bercakap dengannya sebelum pindah ke Chelsea. Setiap hari, secara serius dia memberitahu bahawa Chelsea adalah kelab terbaik untuk saya."

Katanya Chelsea adalah sebuah kelab besar, dan kamu akan memenangi trofi setiap musim. Dengan sebab itulah saya mengikat kontrak bersama kelab ini, jadi terima kasih, Joe Cole," ujar Hazard di laman Twitter rasmi kelab.

Cole membuat keputusan bersara selepas berada dua tahun setengah di Amerika bersama tampa Bay Rowdies.

Eden Hazard, Joe Cole

Artikel Lain