PENYERANG Perancis, Olivier Giroud percaya ia adalah mustahil untuk pemain profesional bola sepak mengaku sebagai seorang homoseksual secara terang-terangan. Bintang Chelsea itu bercakap kepada akhbar Perancis, Le Figaro bahawa ia adalah satu kenyataan yang tidak tepat untuk mengatakan sukan belum bersedia menerima pemain bola homoseksual secara terbuka. "Ketika saya melihat pemain Jerman, Thomas Hitzlsperger membuat pengakuan pada 2014, ia sangat emosional. "Ketika itu saya berkata kepada diri sendiri, mustahil untuk memaparkan homoseksual dalam bola sepak," katanya. Hitzlsperger yang merupakan bekas pemain antarabangsa Jerman juga seorang bekas pemain bola sepak berprofil tinggi uang berani membuat kenyataan seperti itu, setahun selepas mengumumkan persaraannya. "Di dalam bilik persalinan, terdapat banyak testosteron, mengusik dan perkongsian ruang mandi. "Saya dapat memahami kesusahan dan kesukaran untuk seorang lelaki membuat pengakuan - ia adalah cabaran sebenar selepas berusaha seorang sendiri selama bertahun-tahun," kata Giroud. Giroud telah terlibat dalam beberapa kempen semasa bersama bekas kelabnya, Arsenal. Ketika di Montpellier, dia pernah muncul pada kulit depan majalah homoseksual Tetu untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu yang dihadapi oleh orang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). - CNN