SEPANYOL berdepan dengan Bosnia-Herzegovina tanpa kelihat Sergio Ramos. Kapten La Roja itu mengalami kecederaan otot sekaligus tidak bersama skuad kebangsaan terbang ke La Palmas menjelang perlawanan persahabatan Ahad ini. Pemain pertahanan Rela Madrid mengalami kecederaan ketika tewas 3-2 kepada Croatia dalam aksi Liga Negara-Negara yang menyaksikan dia turut menjaringkan satu gol. Kekalahan Sepanyol di tangan Croatia membuatkan skuad kendalian Luis Enrique perlu berharap keputusan seri bagi perlawanan England dan Croatia di Wembley Ahad ini sekiranya ingin berada dalam empat pasukan terakhir.