suria

JDT perkenal pemain import baharu

PETALING JAYA: Bekas pemain profesional Sepanyol, Aaron Niguez menjadi pilihan bagi menguatkan barisan skuad Harimau Selatan musim depan.

Pasukan juara Liga Super lima kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) mengumumkan pemain berusia 29 tahun itu sebagai pemain import baharu bagi musim depan.

"JDT telah menandatangani Aaron Niguez sebagai pemain luar negara baharu JDT untuk musim hadapan.

"Niguez, produk dari akademi Valencia sebelum ini pernah bermain untuk Real Oviedo, Tenerife, Braga, Elche, Almeria, Recreativo de Huelva dan Celta de Vigo.

"Dia bermain di posisi ‘false-9’, penyerang kedua, posisi tengah menyerang, posisi sayap kiri dan juga sayap kanan," jelas kenyataan di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers pada Isnin.

Niguez merupakan bekas pemain remaja Sepanyol (B-16, 17, 19, 20 dan 21 tahun).

JDT antara pasukan terawal yang membuat persiapan rapi menjelang musim baharu Liga Malaysia yang bukan sahaja menyaksikan skuad kendalian Luciano Figueroa bakal mempertahankan trofi liga, sebaliknya akan beraksi di pentas Liga Juara Juara AFC (ACL).

Aaron Niguez, JDT

Artikel Lain