ARJEN Robben mendedahkan pasukannya tidak dibenarkan bercakap mengenai trofi Bundesliga musim ini. Bayern Munich mungkin mampu merangkul kejuaraan keenam Bundesliga, namun pemain veteran itu berkata mereka perlu konsisten sebelum mahu menambah rekod musim ini. Sejak 2012, Bayern menguasai bola sepak Jerman, namun musim 2018-19 kempen kelihatan agak berbeza. Kehadiran ketua jurulatih Niko Kovac tidak membantu memberi keputusan yang diharapkan dan kini kekurangan enam mata daripada pendahulu liga Borussia Dortmund selepas 11 perlawanan. "Kami tidak dibenarkan bercakap mengenai gelaran ketika ini kerana kami tidak cukup bagus," katanya. Biarpun tekanan semakin kemuncak ke atas Kovac, pemain berusia 34 tahun itu agak teruja dengan hasil jurulatihnya itu. "Dia sangat bercita-cita dan bekerja keras. Tetapi anda perlu faham bahawa tugas jurulatih di Bayern Munich bukan mudah," jelasnya.