PARIS Saint-Germain mengesahkan Neymar dan Kylian Mbappe sedang bergelut dengan kecederaan menjelang pertembungan penting Liga Juara-Juara menentang Liverpool pada minggu depan. Neymar digantikan hanya lapan minit sebelum kemenangan Brazil ke atas Cameroon pada malam Selasa, sementara Mbappe dipaksa keluar ketika Perancis mengalahkan Uruguay. Kedua-dua pemain menjalani pemeriksaan kesihatan dengan PSG pada Rabu dan juara Perancis itu mengesahkan Neymar mengalami kecederaan peha, manakala Mbappe mengalami kecederaan pada bahu kanan. Kedua-duanya akan menjalani rawatan selama 48 jam sebelum pemeriksaan selanjutnya. Nampaknya, Neymar dan Mbappe akan terlepas perlawanan Ligue 1 PSG melawan Toulouse pada Sabtu, tetapi sasaran sebenar mereka adalah perlawanan menentang Liverpool dalam Liga Juara-Juara pada Rabu. - Fox Sports