SADIO Mane menandatangani kontrak baharu untuk tempoh jangka masa panjang bersama Liverpool. Pemain berusia 26 tahun itu yang berhijrah dari Southampton dengan bidaan bernilai 34 juta pound sterling pada 2016, menjaringkan 40 gol dalam 89 penampilan bersama Liverpool. Mane dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid pada musim panas lalu tetapi ia dinafikan bintang Senegal itu. "Saya amat gembira, saya komited untuk melanjutkan karier saya bersama Liverpool. "Ia hari yang menakjubkan bagi saya dan saya teruja untuk membantu pasukan mencapai cita-cita kami terutamanya memenangi lebih banyak trofi. "Saya sentiasa kata apabila saya ada peluang datang ke sini, saya tidak perlu fikir dua kali. "Kelab yang betul pada masa yang tepat dan jurulatih yang bagus. Saya amat gembira datang ke sini. "Bagi saya, saya membuat keputusan terbaik dalam karier saya," kata Sane kepada laman web rasmi Liverpool. - Metro.co.uk